Skip to main content

GKG 3013 rekabentuk lmn web: brief report etc





gambarajah diatas menunjukkan carta aliran dari satu halaman ke halaman yang lain. ianya lebih mudah difahami.

laporan
brief report on the process of development/user testing.

Tugasan yang diberikan untuk GKG 3013 rekabentuk lmn web adalah untuk menyiapkan laman sesawang untuk Sarawak Design Festival Week 2011. Tugasan ini lebih menumpukan muka hadapan atau lebih dikenali sebagai interface, gambaran yang bersesuaian dengan tema tersebut. Selain itu fungsi bagi setiap butang berfungsi dengan baik tanpa memeningkan pengguna yang menggunakannya. Interface atau gambaran muka hadapan memainkan peranan yang sangat penting bagi menarik minat pengguna untuk terus kekal dan sekali gus melihat keseluruhan laman sesawang tersebut.

Pada peringkat awal, brainstorm konsep awal amat penting agar pengguna dapat mengetahui dimana kita mempunyai fokus dan tidak hilang arah. Bagi saya, saya memilih konsep yang simple, bermotifkan warna pelangi yang menarik berlatar belakangkan binaan bangunan yang terdapat di Sarawak. Selain itu saya juga mempunyai beberapa lagi konsep sebagai contoh, Forest, bermotifkan burung kenyalang yang dimanipulasikan sebagai logo dan berlatar belakangkan corak kulit pokok.
Setelah selesai membuat interface memgunakan Adobe Photoshop CS3, dan Adobe Illustrator CS3, proses seterusnya adalah memasukkan interface tersebut didalam Adobe Dreamweaver CS3, dan seterusnya menerbitkannya, dimana itu adalah proses terakhir.

Terdapat banyak masalah yang timbul semasa pembikinan laman sesawang Sarawak Design Festival Week 2011, dimana masalah utama yang timbul adalah kesukaran untuk menaip didalam Adobe Dreamweaver CS3, saya diajar mengunakan Templates untuk menampakkan laman sesawang tersebut kelihatan lebih konsisten. Tetapi bagi saya menggunakan templates akan membuat sesuatu laman sesawang itu nampak bosan dan tidak menarik, maka saya tidak menggunakan 100% templates tetapi setiap halaman mempunyai kelainan tetapi masih lagi mengekalkan header bagi melihatkan ianya konsisten.

Selain itu terdapat juga masalah-masalah sampingan lain yang timbul, sebagai contoh rollover button digunakan bagi membuatkan laman sesawang nampak lebih menarik. Akan tetapi ia menjadi masalah semasa menyambungkan satu halaman ke halaman yang lain. Dan disebabkan itu rollover button tidak dapat digunakan pada mulanya. Tetapi masalah ini dapat diatasi dengan memastikan semasa menyambungkan satu halaman yang lain ke halaman yang lain mestilah dilakukan dengan betul dan dilakukan terlebih dahulu semasa menggunakan rollover button.

Dengan hanya menggunakan aliran selari dan tidak berselerat, ini akan memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Tiada sebarang butang yang berunsurkan ekperimentasi, dimana umum diketahui, butang yang berunsurkan ekperimentasi akan menyebabkan pengguna sukar memahami dan terpaksa menggunakan masa yang lebih bagi memahami jalan aliran laman tersebut. Ini sekali gus akan menyebabkan pengguna marah dan kecewa apabila matlamatnya tidak tercapai dan hanya melihat seimbas lalu.

Seorang pengguna telah diminta untuk mencuba menggunakan laman web ini, katanya ianya lebih mudah untuk digunakan dari segi kefungsiannya, seluruh butang berfungi dan dapat kehalaman lain ke halaman lain. tidak memeningkan, lebih Menarik kerana mempunyai gambar yang bergerak, menggunakan Adobe Flash. ianya salah satu cara untuk menarik minat pengguna untuk melihat keseluruhannya

Comments

Popular posts from this blog

BokuNoHana Studio

nila...antara character design yang mula2 membangun bersama BokuNoHana Studio.. BokuNoHana bermaksud "bungaku" dlm bhs jepun...aku knalkan watak2 perintis dlm BokuNoHana Studio ni.. dari sbelah kanan aku... N_Man, rmbut yg kmbang mcm afro 2, Mr.Bob, yg ttup sbelah mata dgn rambut 2 Sky_x, yg bwah sket 2 WaterBoy, tepi dia Lan, atasnya Hiyaki Yako, bulat 2, Ballman, atas 2 yg bebungkus Mummy dan yg teakhr skali 2 N_mok... serba seket psl dorang ni... N_man @ nothuman ni antara perintis yg baru..xleh ckp, keutamaannya hnyala anaknya je..Mr.Bob lak seorg yg hpy go lucky,bdk sekolah,dan ske cari mslh..huhuhu Sky_x..antra fvt charecter yg aku minat..pendiam lg pendendam, anti sosial kira senang cite..don't disturb me...WaterBoy...watak yg lmah tp semangat ingt tahu yg sangt kuat..baik hati dan senang kna buli...Hiyaki Yako..hmmmm..jht..lalalalallal Lan dan Ballman lak kwn baik WaterBoy, watak dia pon baru je aku cipta...Ballman mutasi dari manusia(imaginasi,tinggi)huhuhuhuhu m...

Misi Balas Dendam Yong Belar

Assalamualikum.. update blog yang lama gile aku da tak update… pada tanggal 16 Feb sampai 17 Feb 2019 satu misi yang lama da aku nk buat.. 1 misi yang mana aku idamkan, misi yang betol2 aku nk balas dendam.. misi tersebut adalah “MISI BALAS DENDAM YONG BELAR” .. dan alhamdullah pada Tarikh tersebut aku dan seramai 37 orang semuanya berjaya menawan gunung yang dulu tersengeh je kat akukn bila pertama kali cuba nk menawannya. Dlu 15 April 2016 aku ingat lagi Tarikh tu… aku gagal teroksss, kalah yang memalukan, kalah yang perlu dilupakan, tp aku bangkit dari lena..selama 3 thn gak aku ambik masa.. Orang ada gak tnya why you seriously bermati2an nk balas dendam dan apa yg ko dapat bro?, seriously klu tnya solan tu kat aku.. entah..aku pon xtau Cuma aku dapat bls dendam je kot… Tp sebnrnya boleh kta aku nak buktikan yang seorang lelaki yang montel yang mempunyai impian melakukan sesuatu yg tak pernah dia fikir dia boleh tak terlintas dlm kotak fikiran dengan berat overweight more t...

PESAKIT COVID - PART 1

  Pengalaman yang xkn boleh aku lupa sepanjng tempoh kita, seluruh dunia bkn Malaysia je tengah berperang dgn musuh yang kita sndri tak nampak.. penyakit Covid-19. Well dgr nma penyakit pon kita da seram dari tahun akhir 2019 sampaila sekarang da awal tahun 2022 yet kita masih lg berperang dari covid-19 tukar nma delta la apala sampaila Omicron. Untuk pengetahuan, aku terlibat secara langsung dengan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sampaila da tutup, sekarang aku pon terlibat untuk Pusat Kuarantin & Rawat Pesakit Covid-19 (PKRC). Bkn apa yg aku nk ceritakn, selama aku bekerja ini, Alhamdullilah aku dijauhkan semua penyakit2 tu. Aku bekerja seperti biasa. Aku lalalalala g KL dengan member aku anta tender blik hari, g mcm2 tempatla dan ye aku terlindung, berkat doa mak ayah aku yg jg aku selama aku kt bumi bertuah bumi Johor. Yela mungkin ada yg aku terlepas pandang huha aku xikot SOP ke, Dan akhirnya aku arini sah salah seorang pesakit Covid-19 , aku penyumbang kepada stastistik...